Tuesday, November 3, 2009

Huni

klik untuk lebih jelas

Friday, October 30, 2009

20 Minit Gaun Kekasih

aku tak boleh tulis lagi
tentang kita yang dulu berjoget badut
pukul empat suku pagi


dan papan hitam yang kita contengkan
penuh dengan nama bapak musuh- musuh kita,
guru-guru comel dan bahasa Perancis
sajak- sajak pengecut,
dan lagu buah strawberi

cukup malam itu aku pakai mahkota
dan tulis tentang kekasih bergaun putih
tidur dia dalam bahagia 20 minit
senyum sedih berbagi- bagi


dan apakah kau tau aku ingin terus lari mengejar
bayang- bayang kita yang bersanding
dalam pondok kecil atas pokok kuat
di satu padang hijau lapang,
tak ada tolol hampir.





30 oktober 2009
sedang orang solat jumaat

Thursday, October 22, 2009

Dunia Salah

adik, cium pipi aku
katakan kau tidak ingat
aku memarahmu


sudah tiga maghrib
kita buat ibu menangis
sejak kita jauh
hati dan bahu


adik,
mari ke peluk aku
dekat ke jiwa aku
aku kan sudah janji
airmata engkau airmata aku

kita harus kurang ajar dengan rasa
kita harus hidup menjadi apa dunia mahu

dan itu salah


kita masih ingat apa ibu kata
"jangan ulang semua duka"
"jangan ulang semua lara"

dengar aku kata,
dunia salah mengeji engkau
dunia salah membuang engkau
sungguhnya

engkau busuk
engkau hina
jangan percaya
jangan percaya



mulia engkau aku pegang
sedih engkau aku hirau
jangan berhenti mencinta
jangan berhenti mencinta


adik jangan kau berhenti,
mencinta





6 september 2009
- aku lagukannya.

Friday, October 16, 2009

Syair Pengecut

lintasi aku
pergi padanya

dengannya, terjaga
denganku, merbahaya




Oktober 2009

Wednesday, October 14, 2009

Bangsi Turut

ketika bangsi itu kau tiupkan
terhasil satu irama yang pernah
aku dengar dari seorang anak muda
cliche dan lapok

cuma kerana engkau yang meniupnya
aku tunduk
aku patuh
aku turut

cuma kerana aku terlalu tidak tau
berkata tidak
dan menafi segala bahasa kau
aku harus
mengikut
dan menghamba



kalaulah engkau benar tau


aku benci engkau wujud.





13 oktober 09

Friday, October 9, 2009

Cinta Terpendam

kalau berperang nyamuk dengan aku
pasti sedih tidak selayu ini

dan

kalau harum rumit yang aku lalu
pasti dahimu sudah ku kucup habis







9 0ctober 2009
4.58 petang

Monday, October 5, 2009

4 Gelas Sirap

si polan menatang empat gelas sirap di kanan dan kirinya
merasa mulia kerana mampu mengimbangkan


datang si polan lain berkata,


"matilah engkau!
empat gelas sirap itu,
asalnya air suam putih,
yang engkau cemarkan
dan berdarah mereka,
tanpa engkau sedar"






1.38 p.m.
5th October 2009